Honey

Buzz!

KBeesHoney Madu
Manis dan Sihat

Jaminan Kualiti dan Asli!

Temui kelazatan 100% madu asli semula jadi yang disajikan daripada madu lebah tanpa menggunakan bahan-bahan pengawet.

Bermula dari ladang kelulut sehingga ke penjualan produk. Setiap produk madu mampu memberi manfaat kepada kesihatan diri anda dan menikmati rasa madu asli di Malaysia


Special Interest Group In Kelulut
Produk KBeesHoney khususnya Madu Kelulut adalah kolaborasi bersama dengan Universiti Malaysia Terengganu

Produk Madu Laris Kami

Jenis-Jenis Madu

Terdapat pelbagai jenis madu yang telah kami keluarkan

Madu Tualang

Madu Tualang ialah madu berkualiti yang dihasilkan oleh lebah batu (Apis dorsata) yang membina sarangnya di dahan-dahan pokok Tualang (Kompassia excelsa). Madu Tualang memberikan banyak khasiat kepada kesihatan diri anda dan merupakan salah satu madu yang gemar digunakan pada masa kini.

Madu Acacia

Madu lebah dari pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan sejenis madu lebah yang berkualiti dalam kalangan beberapa jenis madu lebah. Lazimnya madu jenis ini diambil bersempena dengan pokok akasia sama ada yang tumbuh liar atau yang ditanam untuk tujuan komersil bagi menghasilkan kayu untuk pelbagai guna.

Madu Kelulut

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu Kelulut mempunyai warnanya yang lebih jernih berbanding dengan jenis madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam (Lebih Asidik).

Lihat Produk Madu Kami

Jenis-Jenis Madu

Lihatlah pelbagai jenis madu tropika yang boleh anda beli
Khasiat Madu Tualang

Aktiviti Antimicrobial: Madu Tualang sebagai kegunaan perubatan adalah dengan penemuan sifat antimikrobial yang ada dalam kandungan madu. Sifat antimikrobial pada madu tualang ini dapat membantu menghalang pertumbuhan beberapa bakteria yang mana boleh menyebabkan risiko jangkitan penyakit.

Aktiviti Antioksida: Untuk pengetahuan anda, madu tualang mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi berbanding pelbagai jenis madu lain yang terdapat di Malaysia. Kandungan antioksidannya terdiri daripada phenolic dan flavonoids. Phenolic dan flavonoids adalah merupakan sumber antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia untuk melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

Membantu dalam Penyembuhan Luka: Madu merupakan sirap bergula dan telah terbukti mempunyai komponen bioaktif, untuk menyembuhkan luka. Selain itu, ia boleh menambah baik penyembuhan luka dengan meredakan bengkak, keradangan dan lelehan yang berlaku dalam semua jenis luka atau kecederaan. Salah satu kajian mendapati madu Tualang boleh mengurangkan luka melecur.

Menguatkan Immune System Badan: Madu dipenuhi dengan khasiat asid amino, vitamin, mineral, karbohidrat, zat besi, kalium, magnesium dan antioksidan. Madu juga mempunyai sifat antimikrob yang boleh mengurangkan keradangan. Pengambilan madu setiap hari boleh membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh lantaran sifat antioksidan, antimikrob dan antibakterianya boleh melawan jangkitan virus dan bakteria.

Khasiat Madu Akasia

Indeks Glisemik Rendah: Madu akasia mempunyai indeks glisemik yang rendah, menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah yang lebih perlahan dan beransur-ansur, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk individu yang menghidap diabetes atau mereka yang ingin menjaga paras gula dalam darah.

Sifat Menenangkan: Kandungan fruktosa yang tinggi dalam madu akasia menjadikannya pilihan popular untuk melegakan sakit tekak dan melegakan batuk. Ia membentuk salutan yang menenangkan pada tekak dan memberikan kelegaan daripada keradangan.

Sifat Antimikrob: Seperti jenis madu lain, madu akasia mengandungi sebatian antimikrob semulajadi yang boleh membantu menghalang pertumbuhan bakteria tertentu, menjadikannya sangat sesuai sebagai pembalut luka dan mempercepat penyembuhan luka.

Kesihatan Pencernaan: Madu akasia mengandungi serat prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat, menyumbang kepada kesihatan penghadaman yang lebih baik dan fungsi usus yang lebih baik.

Khasiat Madu Kelulut

Kandungan Nutrisi yang Tinggi: Madu kelulut dikenali sebagai madu yang kaya dengan nutrien, termasuk vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang boleh menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

Sifat Antioksidan: Madu kelulut mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif dan mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas

Kesan Anti-Radang: Sesetengah kajian mencadangkan bahawa madu kelulut mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh memberi manfaat dalam mengurangkan keradangan dan melegakan simptom keadaan keradangan tertentu.

Sokongan Sistem Imun: Pengambilan madu kelulut secara kerap boleh membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Indeks Glisemik yang Lebih Rendah:Madu kelulut mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding dengan madu biasa, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk individu yang menghidap diabetes atau mereka yang memantau tahap gula dalam darah mereka.

Tentang Produk Penjagaan Kulit Kami

Kelulut Sunscreen Produk

Kelulut Sunscreen adalah produk penjagaan
muka yang dibangunkan dari madu kelulut

Percaya kepada kebaikan Madu Kelulut tempatan dan sifat antioksidannya, Kbees memperkenalkan produk penjagaan kulit pertama kami iaitu Sunscreen dihasilkan daripada madu kelulut. Sunscreen kami mengandungi bahan semulajadi seperti minyak zaitun, anti-pencemar dan antioksidan. Ini bertujuan untuk memberi nutrien dan perlindungan pada kulit anda daripada pendedahan sinar matahari yang berbahaya. Kbees adalah peneraju dalam produk kosmetik berasaskan madu Kelulut di Malaysia Cuba dan rasai perbezaannya!

Testimoni

Mari kita lihat dan dengar testimoni tentang kemanisan jenis-jenis madu KBeesHoney!

previous arrowprevious arrow
Slide
Prof Shamsulbahri Abd Razak
Pengkaji Kelulut dan Author Kelulutologi Anugerah Buku Negara.
Kandungan antioksidan didalam madu kelulut adalah lebih tinggi dari madu biasa
Slide
Cik Zahaitun Mahani Binti Zakariah
Pensyarah (Fakulti Sains Perikanan dan Makanan, Universiti Malaysia Terengganu)
Sebelum ini saya menghidap multisclerosis dan mengalami masalah untuk melaksanakan ibadah solat. Alhamdulillah setelah mengamalkan madu kelulut saya dapat menjalani ibadah dengan sempurna
next arrownext arrow

Alami kebaikan semula jadi yang lazat dan berkhasiat dalam kehidupan harian anda!
Dari Tualang, Akasia hingga Madu Kelulut (Premium Teratas Kami)

Tekan BUZZ untuk membeli produk-produk KBeesHoney kami!

Sertai bersama kami dalam meraikan keajaiban lebah dan hadiah luar biasa yang mereka sediakan.
Hayati kebaikan semula jadi KBeesHoney dalam hidup anda hari ini.